Last Updated (Friday, 20 June 2008 23:19) Written by Moose Wednesday, 09 April 2008 14:52
Selamat datang ke Laman Web YB Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Laman web ini bertujuan untuk menambahkan ruang hubungan di antara beliau selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor dengan pengundi Kuala Selangor. Pastinya ia tidak dapat menggantikan kehadiran diri beliau sendiri dalam pertemuan sebagai seorang wakil rakyat dengan warga Kuala Selangor. Namun kekangan waktu beliau dan kesibukan harian semua pihak, penggunaan teknologi dan internet mampu meningkatkan ruang komunikasi serta kecekapan khidmat yang diperlukan. Maklumat dan keberkesanan penyampaian maklumat akan membantu untuk mencapai kelancaran khidmat itu dan laman web ini memudahkannya.
Laman web ini diselenggarakan oleh pasukan IT Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Selangor berdasarkan input dari beliau sendiri. Pelbagai kegiatan YB ini, samada berupa laporan langsung dari Pusat Khidmat atau petikan dari laporan media arus perdana atau alternatif dimuatkan dalam web ini. Oleh kerana beliau banyak menulis, khususnya dalam BI, arkib penulisan beliau juga boleh didapati dalam web ini. Beliau mahu ia dimenafaatkan khususnya oleh generasi muda bagi membolehkan perkembangan minda dan intelek serta kepemimpinan mereka yang bakal menerajui negara. Laporan penglibatan debat beliau di parlimen juga cuba dimuatkan dalam web ini. Kegiatan ahli parlimen kita ini juga dapat diakses dari maklumat web ini. Bagi rakyat yang tidak punya capaian internet, YB dan Pasukan Bertindak beliau memang mengatur program turun padang untuk mendekati dan menemui rakyat secara langsung.
Dengan bantuan web ini, Ahli Parlimen dan pasukannya sangat mengharapkan bahawa janji beliau semasa berkempen dahulu untuk memberikan khidmat yang terbaik akan dapat dipertingkatkan dan beliau mahu rakyat menggunakan saluran web ini untuk menyampaikan apa jua maklum-balas serta cadangan dan teguran-mahasabah untuk membolehkan beliau berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan lagi. Akhir kata atas apa jua kelemahan kami selaku hamba Allah yang tidak sunyi dari kekurangan dan ketidaksempuranaan kami pohon ribuan ampun dan maaf.
Atas penerusan sokongan dan kepercayaan rakyat Kuala Selangor kepada YB Ahli Parlimen Kuala Selangor yang tuan-tuan pilih, yang kini sudah melepasi seratus hari Kerajaan Pakatan Rakyat, maka kami turut merakamkan jutaan terima Kasih.
Menghayati Kepemimpinan Berintegriti dan Kerajaan Berkebajikan.
Sekian, Terima Kasih.
bp YB Dr. Dzulkelfy Ahmad
Ahli Parlimen Kawasan Kuala Selangor.
PUSAT KHIDMAT RAKYAT AHLI PARLIMEN
No 10A, Tingkat 2,
Jalan Bendahara 1/1 45000
Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
Tal: +603 3289 6575
Fax: +603 3289 7300


